Saturday, November 21, 2009

20091116 Lawatan ke SK. Poring



Pada 16 November yang lalu, penulis berkesempatan sekali lagi untuk membuat lawatan muhibbah. Kali ini penulis berkunjung ke SK. Poring (kidnapped by pirates, :D). Walaupun SK. Poring terletak cuma 4 km selepas SK. Tudan namun keadaan jalanraya yang sedang dalam proses naik taraf membuatkan perjalanan mengambil masa lebih satu jam untuk sampai ke SK. Poring. Guru-guru SK. Poring kesemuanya ada 8 orang, kesemuanya "Gentlemen" walaupun macam pirates, :)

Pihak SK. Tudan juga mengucapkan selamat bercuti khususnya kepada kesemua sekolah dalam zon Kiulu dan juga daerah Tuaran.

Saturday, November 14, 2009

Sukan Gabungan SK. Tudan, SK. Poring dan SK. Sungoi 2009



SK. Tudan menjadi tuan rumah untuk Kejohanan Sukan Gabungan kali ketiga pada 9 - 10 November yang lepas. Suasana cukup meriah dengan anjuran acara-acara baru seperti tarik tali 5 sebelah yang hampir lagi dimenangi oleh Team Guru Gabungan yang hebat-hebat belaka dan juga acara bola sepak 5 sebelah yang dimenangi oleh Team Mantad Ulu (SK. Sungoi). Kejohanan menyaksikan SK. Tudan menjadi johan dengan kutipan 6 pingat emas diikuti oleh SK. Sungoi dengan 4 pingat emas dan SK. Poring dengan 2 pingat emas. Kejohanan tahun hadapan akan beralih ke SK. Poring, jumpa lagi di sana!