Monday, February 15, 2010

Guru Kelas dan Murid SK Tudan, 2010.



Gambar-gambar ini diambil semasa HUPH tertunda 2009. Tahun 1 tidak sempat di ambil kerana Guru Kelas mereka terlalu sibuk masa itu..:)

HUPH Tertunda 2009



Sk Tudan telah mengadakan Majlis Ucapan dan Penyampaian Hadiah tertunda 2009 pada 2hb Februari 2010 bersamaan hari selasa yang lalu. Biar pun Majlis ini dibuat secara ringkas sahaja, tetapi pasti meningkatkan motivasi murid-murid SK Tudan untuk lebih berusaha pada tahun ini. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengerusi PIBG SK Tudan, iaitu En. Golonius Gibin. Dalam ucapan beliau perkara penting yang pasti diingati oleh murid-murid ialah "siapa-siapa yang dapat 5A atau sekurang-kurangnya 3A serta lulus dalam UPSR, saya akan bagi ganjaran RM 50", dan kemudian semua murid bertepuk tangan pada masa itu. hehe. Tetapi yang pasti SK Tudan akan berusaha untuk menghasilkan pelajar yang terbaik pada masa akan datang. Apa-apa pun terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan berusaha untuk menjayakan Majlis ini.

Staf SK Tudan 2010



Inilah adalah gambar terbaru kakitangan SK Tudan Tuaran. Tetapi masih ada beberapa orang yang belum menghantar gambar passport..hehe..Ini untuk sementara saja lagi pun nama penuh belum edit... sebab saya lupa salin...