Friday, September 11, 2009

Gambar-Gambar Terkini dari SK. Tudan

rknp73cxw42ybokh4d.jpg

Papan tanda di persimpangan masuk ke SK. Tudan dari jalanraya Donggongon - Tambunan.

gwoh4bjklpycrvr3u.jpg

Taman Strawberry dan Herba Kg. Tudan.

h391255jcaagr7tlk351.jpg

Pemandangan Kg. Tudan dilihat dari kawasan sekolah.

wbx4m8uxffhrsoxmp36l.jpg

Bangunan sekolah SK. Tudan.

kht4n1p9kmyjd8tdz9f.jpg

Rumah guru.

yw31vc26ex9z8gf6reg.jpg

Asrama Muhibbah SK. Tudan sumbangan United World College, Singapore.

xkfpbfojwuee3rb2et.jpg

Pusat Sumber SK. Tudan sumbangan Kiwanis Club, Kota Kinabalu.

uaau06wevvhu3vd0ce.jpg

Rumah guru yang sedang dibina, dijangka siap hujung tahun ini.

iuf0ir67a41jdfe0jy4l.jpg

Bangunan Pra-Sekolah.

dv2gna7ajbfw1ux8u5y.jpg

Taman Permainan Pra-Sekolah.

2pe4d6uhz9pnpiumyhab.jpg

2 daripada 3 buah Cabin School yang sedang dibina, dijangka siap hujung tahun ini.

3w1ipsoa5htv636y63e.jpg

Solar untuk bilik komputer Schoolnet.

jlfeio70n3nlys71yuq3.jpg

Solar hybrid yang menjana elektrik untuk seluruh SK. Tudan. Dirasmikan Julai tahun lalu oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman bersama dengan Menteri Pelajaran Malaysia Datuk Hishamuddin Tun Hussein.

Lawatan ke SK. Sungoi

Antara Jambatan Gantung terpanjang di Sabah? :-)

Bangunan sekolah SK. Sungoi.

Bangunan sekolah dengan latar belakang pemandangan lurah bukit.

Pemandangan senja dilihat dari bangunan sekolah.

Pada 09 September yang lalu, saya bersama dengan rakan-rakan sekerja sempat membuat lawatan muhibbah singkat ke sekolah jiran iaitu SK. Sungoi. Untuk mereka yang tidak pernah mendengar nama SK. Sungoi, ia adalah sekolah yang terjauh dalam daerah Tuaran. Walaupun jarak SK. Sungoi dari SK. Tudan cuma 13 km namun keadaan jalan gravel yang teruk dan agak merbahaya menyebabkan masa perjalanan dengan kenderaan 4WD boleh mengambil masa 3 jam.

Jumlah guru di SK. Sungoi masih kurang iaitu cuma 5 orang guru terlatih sahaja. Oleh itu, sesiapa yang berminat untuk berkhidmat di sini bolehlah menghubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut, :-)

Memandangkan masa lawatan yang singkat, saya tidak sempat mengambil sebarang gambar dari SK. Poring (terletak di antara SK. Tudan dan SK. Sungoi). Sekiranya ada peluang lain untuk membuat lawatan ke kedua-dua sekolah ini di lain masa, lebih banyak gambar-gambar sekolah, kampung dan juga suasana perjalanan yang boleh diambil dan diupload ke laman web ini. Saya berharap agar lebih ramai orang dapat mengenali dengan lebih dekat ketiga-tiga sekolah berjiran ini dan semoga nasib guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman mendapat pembelaan yang lebih baik di masa hadapan.

UPSR 2009

Murid-murid SK. Tudan sedang sibuk menjawab soalan UPSR

UPSR 2009 baru sahaja selesai dijalankan pada 8 - 10 September yang lalu. Pihak sekolah mengucapkan selamat berjaya kepada adik Alvetus, Azmi, Clary, Esther, Farehah, Hairry, Jessica, Joanna, Marina, Raxweeli dan Virunika. Diharapkan agar murid-murid SK. Tudan mendapat keputusan yang terbaik dalam semua matapelajaran dan pihak sekolah juga mengucapkan terima kasih kepada Pengawas UPSR yang best2 iaitu En. Maxwell dan En. Marius, :-)

Tuesday, September 8, 2009

Minat Futsal?

Staf SK. Tudan kini sedang giat berlatih bermain futsal untuk memenangi "Piala Kesihatan", :-) Sekiranya anda berminat untuk bermain futsal dan ingin mengadakan perlawanan futsal dengan staf SK. Tudan, sila hubungi kami melalui email ataupun YM.

Harap maaf, offer ini terhad untuk sekolah-sekolah sekitar Tuaran sahaja dan bermain di Tamparuli Futsal Center, :-)

SK. Tudan Yahoo Messenger!

SK. Tudan akan mula menggunakan perkhidmatan Yahoo Messenger (YM) bermula minggu ini. Sekiranya anda juga adalah pengguna YM, anda boleh menghubungi pihak sekolah sepanjang tempoh persekolahan (Isnin hingga Jumaat, 7.30 pagi sehingga 4.00 petang). Gunakan email dibawah untuk menghubungi pihak sekolah menggunakan YM.

sktudan@yahoo.com