Friday, September 11, 2009

Lawatan ke SK. Sungoi

Antara Jambatan Gantung terpanjang di Sabah? :-)

Bangunan sekolah SK. Sungoi.

Bangunan sekolah dengan latar belakang pemandangan lurah bukit.

Pemandangan senja dilihat dari bangunan sekolah.

Pada 09 September yang lalu, saya bersama dengan rakan-rakan sekerja sempat membuat lawatan muhibbah singkat ke sekolah jiran iaitu SK. Sungoi. Untuk mereka yang tidak pernah mendengar nama SK. Sungoi, ia adalah sekolah yang terjauh dalam daerah Tuaran. Walaupun jarak SK. Sungoi dari SK. Tudan cuma 13 km namun keadaan jalan gravel yang teruk dan agak merbahaya menyebabkan masa perjalanan dengan kenderaan 4WD boleh mengambil masa 3 jam.

Jumlah guru di SK. Sungoi masih kurang iaitu cuma 5 orang guru terlatih sahaja. Oleh itu, sesiapa yang berminat untuk berkhidmat di sini bolehlah menghubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut, :-)

Memandangkan masa lawatan yang singkat, saya tidak sempat mengambil sebarang gambar dari SK. Poring (terletak di antara SK. Tudan dan SK. Sungoi). Sekiranya ada peluang lain untuk membuat lawatan ke kedua-dua sekolah ini di lain masa, lebih banyak gambar-gambar sekolah, kampung dan juga suasana perjalanan yang boleh diambil dan diupload ke laman web ini. Saya berharap agar lebih ramai orang dapat mengenali dengan lebih dekat ketiga-tiga sekolah berjiran ini dan semoga nasib guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman mendapat pembelaan yang lebih baik di masa hadapan.

No comments: