Friday, October 2, 2009

Pertandingan Futsal Tertutup SK. Tudan



Pada 04 Ogos 2009 yang lalu, staf SK. Tudan telah menganjurkan Pertandingan Futsal Tertutup SK. Tudan. Sebanyak 3 pasukan gergasi telah mengambil bahagian iaitu Tudan Manchester United, Tudan Liverpool dan Tudan Chelsea. Setiap pasukan terdiri daripada 3 orang guru bersama dengan murid-murid dan setiap kali perlawanan diadakan, hanya 2 guru sahaja yang boleh diturunkan. Keputusan kejohanan menyaksikan Tudan Manchester United menjadi johan diikuti oleh Tudan Chelsea di tempat kedua dan Tudan Liverpool di tempat ketiga. Mr. Zam berjaya memenangi Kasut Emas dengan jaringan gol yang tidak terkira sehingga penulis pun tidak ingat berapa jumlahnya, :D

Video boleh dilihat di Youtube!
http://www.youtube.com/watch?v=cqJ4nUGui0U
http://www.youtube.com/watch?v=KkmM3F79q3E

No comments: