Saturday, November 21, 2009

20091116 Lawatan ke SK. Poring



Pada 16 November yang lalu, penulis berkesempatan sekali lagi untuk membuat lawatan muhibbah. Kali ini penulis berkunjung ke SK. Poring (kidnapped by pirates, :D). Walaupun SK. Poring terletak cuma 4 km selepas SK. Tudan namun keadaan jalanraya yang sedang dalam proses naik taraf membuatkan perjalanan mengambil masa lebih satu jam untuk sampai ke SK. Poring. Guru-guru SK. Poring kesemuanya ada 8 orang, kesemuanya "Gentlemen" walaupun macam pirates, :)

Pihak SK. Tudan juga mengucapkan selamat bercuti khususnya kepada kesemua sekolah dalam zon Kiulu dan juga daerah Tuaran.

Saturday, November 14, 2009

Sukan Gabungan SK. Tudan, SK. Poring dan SK. Sungoi 2009



SK. Tudan menjadi tuan rumah untuk Kejohanan Sukan Gabungan kali ketiga pada 9 - 10 November yang lepas. Suasana cukup meriah dengan anjuran acara-acara baru seperti tarik tali 5 sebelah yang hampir lagi dimenangi oleh Team Guru Gabungan yang hebat-hebat belaka dan juga acara bola sepak 5 sebelah yang dimenangi oleh Team Mantad Ulu (SK. Sungoi). Kejohanan menyaksikan SK. Tudan menjadi johan dengan kutipan 6 pingat emas diikuti oleh SK. Sungoi dengan 4 pingat emas dan SK. Poring dengan 2 pingat emas. Kejohanan tahun hadapan akan beralih ke SK. Poring, jumpa lagi di sana!

Wednesday, October 21, 2009

Lawatan Lions Club ke Kg. Tudan















Dipetik daripada The Borneo Post, Isnin 12 Oktober 2009

Penampang : The Lions Club of Zone 13 at Kampung Tudan, in the Tuaran constituency recently held a joint social and health project.

The project was co-chaired by Lion Doreen Jominol (Zone 13 chairperson) and Lion Callistus Majalang (president of Lions Club Penampang Host).

The participating organizations were the Lions Club of Penampang (Host), Lions Club of Penampang (Hongkod), Lions Club of KK Host, Lions Club of KK Donwntown, Penampang Health Department, Sabah Anyi-TB Association (SABATA), Rafflesia Medical Centre and Universiti Malaysia Sabah medical school.

Dr. Emelina Tan briefed the villagers on the H1N1 and 104 people were de-wormed.

Fifty-eight villagers had their vision (eyes) screened by the UMS medical team.

Dr. Lokama Rajagopal and her Rafflesia Medical Centre team did 42 dental checks and extractions for 28 children and 14 adults while the Lions Club screened 70 for diabetes and hypertension.

Used clothings, books, toys and shoes were distributed to the villagers, including leaflets on health issues.

A recruitment exercise was also held for girls with form three and five certificates to take up courses with the Young Women Christian Association (YWCA) in Kuala Lumpur.

There was also a new voter registeration exercise.

The project benefited 150 villagers.

Saturday, October 10, 2009

Butod Studio Blog

Adakah anda berminat untuk memulakan laman blog untuk sekolah anda tetapi tidak ada kepakaran grafik untuk membuatkan blog anda nampak lebih canggih dan menarik? Jangan bimbang. Anda boleh menghubungi blog Butod Studio untuk mendapatkan grafik-grafik yang bukan sahaja pantas disiapkan malah boleh disesuaikan mengikut kemahuan anda sendiri. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti hosting, domain, web design, web programming, system development, multimedia development, graphic design dan juga t-shirt design/printing. Lihat banner baru SK. Tudan di atas sebagai sampel. Hubungi Butod Studio melalui link di bawah. Jangan bimbang tentang harga, boleh runding. Tunggu apa lagi? :)

http://www.butod.com/blog/

Sunday, October 4, 2009

Saturday, October 3, 2009

Budaya Elitisme Beri Tekanan Kepada Pelajar dan Sekolah

Dipetik daripada Berita Harian

Budaya elitisme yang menekankan pencapaian akademik sebagai pengukur utama kecemerlangan dalam sistem pendidikan negara menimbulkan tekanan yang tidak sepatutnya kepada pelajar dan sekolah.

Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Datuk Dr Zalizan Mohd Jelas, berkata kepemimpinan sekolah tertekan untuk bersaing menghasilkan keputusan peperiksaan dengan peratusan kelulusan dan jumlah gred A tertinggi.

Sistem pendidikan berorientasi peperiksaan itu juga, katanya, membuatkan pembelajaran tertumpu secara fahaman dan latih tubi berbanding pembangunan kemahiran berfikir secara kritis serta kreatif.

Beliau berkata, program Sekolah Kluster yang menggalak sekolah bersaing bagi memasuki kelompok cemerlang pula terlalu menekankan pencapaian akademik apabila disyaratkan mencatat keputusan cemerlang selama tiga tahun berturut-turut dalam peperiksaan awam serta disahkan cemerlang oleh Standard Kualiti Pendidikan Malaysia.

“Konsep kecemerlangan sekolah amat baik namun ia perlu diteliti supaya tidak terlalu menekankan pencapaian akademik sebagai fokus utama kriteria kejayaan.

“Walaupun persaingan mencapai kecemerlangan ini memang ada kesan positif, penekanan terhadap persediaan dan latih tubi untuk peperiksaan mengehadkan masa guru serta aktiviti pengembangan potensi pelajar sepenuhnya,” katanya.

Zalizan berkata, reformasi sistem pendidikan memerlukan perubahan pada lima peringkat iaitu hala tuju, struktur, kurikulum, pedagogi dan penilaian.

Katanya, hala tuju pendidikan perlu ditetapkan supaya institusi tidak wujud sekadar untuk mendapat prestasi baik dalam konteks sekolah saja, malah kehidupan pelajar di luar sekolah.

Antara lain ia membabitkan minat, aktiviti, tahap pemikiran dan penyelesaian masalah yang digunakan pelajar apabila mereka tidak berada di sekolah.

Peringkat struktur pula membabitkan perubahan strategik dan disokong secara saintifik dalam perancangan, organisasi, pentadbiran serta infrastruktur dan pembentukan budaya organisasi yang menjurus kepada matlamat memastikan respon sesuai kepada kepelbagaian pelajar.

“Ciri ini adalah pemisahan pengurusan mata pelajaran dan pembahagian tenaga manusia serta sumber bahan mengikut kategori seperti bidang sains dengan sastera saja atau pelajar biasa dengan pendidikan khas.

“Struktur ini bukan amalan terbaik untuk mengurus sekolah tetapi telah wujud sekian lama hingga kita menerimanya sebagai perkara semula jadi dan bukan hasil keputusan bersama,” katanya.

Zalizan berkata, pembentukan dasar kesaksamaan dan ekuiti dalam kurikulum serta amalan pedagogi memerlukan jaringan penyelidikan secara menyeluruh supaya penggubalannya memenuhi kehendak pasaran dan seiring perubahan semasa.

Peringkat penilaian yang juga dimensi kelima dalam proses reformasi sekolah, katanya, perlu diubah selaras perubahan peringkat kurikulum dan pedagogi serta tidak terikat dengan penilaian berasas sistem peperiksaan.

Apa pendapat anda?

Life Investment

This is an article that I've received via email from Kombura (Thanks!). For me, it is an interesting read which we can think upon and discussed, :)


Amazing Reply by J.P. Morgan CEO to a Pretty Girl

A young and pretty lady posted this on a popular forum:

Title: What should I do to marry a rich guy?

I'm going to be honest of what I'm going to say here. I'm 25 this year. I'm
very pretty, have style and good taste. I wish to marry a guy with $500k
annual salary or above. You might say that I'm greedy, but an annual salary
of $1M is considered only as middle class in New York . My requirement is
not high. Is there anyone in this forum who has an income of $500k annual
salary? Are you all married? I wanted to ask: what should I do to marry rich persons like you? Among those I've dated, the richest is $250k annual income, and it seems that this is my upper limit. If someone is going to move into high cost residential area on the west of New York City Garden, $250k annual income is not enough.

I'm here humbly to ask a few questions:

1) Where do most rich bachelors hang out? (Please list down the names and
addresses of bars, restaurant, gym)

2) Which age group should I target?

3) Why most wives of the riches is only average-looking? I've met a few
girls who doesn't have looks and are not interesting, but they are able to
marry rich guys.

4) How do you decide who can be your wife, and who can only be your
girlfriend? (my target now is to get married)

Ms. Pretty

----------------------------------------------------------------------------

Amazing reply:

Dear Ms. Pretty,

I have read your post with great interest. Guess there are lots of girls out
there who have similar questions like yours... Please allow me to analyse your
situation as a professional investor. My annual income is more than $500k,
which meets your requirement, so I hope everyone believes that I'm not
wasting time here.! From the standpoint of a business person, it is a bad
decision to marry you.. The answer is very simple, so let me explain.

Put the details aside, what you're trying to do is an exchange of 'beauty'
and 'money': Person A provides beauty, and Person B pays for it, fair and
square. However, there's a deadly problem here, your beauty will fade, but
my money will not be gone without any good reason. The fact is, my income
might increase from year to year, but you can't be prettier year after year.
Hence from the viewpoint of economics, I am an appreciation asset, and you
are a depreciation asset. It's not just normal depreciation, but exponential
depreciation. If that is your only asset, your value will be much worried 10
years later.

By the terms we use in Wall Street, every trading has a position, dating
with you is also a 'trading position'. If the! trade value dropped we will
sell it and it is not a good idea to keep it for long term - same goes with
the marriage that you wanted. It might be cruel to say this, but in order to
make a wiser decision any assets with great depreciation value will be sold
or 'leased'. Anyone with over $500k annual income is not a fool; we would
only date you, but will not marry you. I would advice that you forget
looking for any clues to marry a rich guy. And by the way, you could make
yourself to become a rich person with $500k annual income. This has better
chance than finding a rich fool.


Hope this reply helps ... If you are interested in 'leasing' services, do
contact me ...

signed,
CEO
J.P. Morgan

Friday, October 2, 2009

Pertandingan Futsal Tertutup SK. Tudan



Pada 04 Ogos 2009 yang lalu, staf SK. Tudan telah menganjurkan Pertandingan Futsal Tertutup SK. Tudan. Sebanyak 3 pasukan gergasi telah mengambil bahagian iaitu Tudan Manchester United, Tudan Liverpool dan Tudan Chelsea. Setiap pasukan terdiri daripada 3 orang guru bersama dengan murid-murid dan setiap kali perlawanan diadakan, hanya 2 guru sahaja yang boleh diturunkan. Keputusan kejohanan menyaksikan Tudan Manchester United menjadi johan diikuti oleh Tudan Chelsea di tempat kedua dan Tudan Liverpool di tempat ketiga. Mr. Zam berjaya memenangi Kasut Emas dengan jaringan gol yang tidak terkira sehingga penulis pun tidak ingat berapa jumlahnya, :D

Video boleh dilihat di Youtube!
http://www.youtube.com/watch?v=cqJ4nUGui0U
http://www.youtube.com/watch?v=KkmM3F79q3E

Berkelah di Air Terjun Minipalud



Pada 29 September 2009 yang lalu, staf SK. Tudan yang terdiri daripada Ron, Zam, Kibbs, Laz dan Joy meluangkan masa untuk pergi berkelah di air terjun Minipalud. Lihatlah gambar-gambar di atas untuk menyaksikan keseronokan kami semasa berada di sana. Berminat? Datanglah ke SK. Tudan, :)

Video air terjun Minipalud di Youtube!
http://www.youtube.com/watch?v=v84xSZtlBB8

Sejarah SK. Tudan

































Sekolah Kebangsaan Tudan, Tuaran telah ditubuhkan pada 4 Mei 1970. Perasmian pembukaannya telah dilakukan oleh wakil Pengarah Pelajaran Sabah pada 10 Oktober 1970. Pada masa itu ia dikenali sebagai GPS Tudan yang hanya mempunyai sebuah bangunan yang berukuran 35’ x 20’. Bangunan ini yang dijadikan sebagai bilik darjah yang menempatkan murid-murid dari darjah satu hingga darjah enam dan mengikut sukatan pelajaran pada masa itu. Ketua Kampung En. Gokur Golintang pada masa itu merupakan orang yang berperanan penting dalam usaha penubuhan sekolah ini. Ini memandangkan sebelum penubuhan sekolah ini, murid-murid dari Kg. Tudan dan sekitarnya terpaksa berjalan kaki sejauh lebih kurang 10 km setiap hari ke NVS Poring. En. Gokur Golintang juga telah memberikan sebidang tanah untuk penubuhan sekolah ini.

Sekolah ini didirikan di Kg. Tudan dengan keluasan kawasannya 5 ekar. Sekolah ini merupakan yang terpencil dalam daerah Tuaran, jaraknya lebih kurang 138 km dari pekan Tuaran. Pada tahun 1976, sebuah bangunan sekolah yang baru dan sebuah rumah guru telah didirikan di tapak yang berhampiran dengan sekolah yang lama. Bangunan yang baru ini berukuran 60’ x 28’ mengandungi dua bilik darjah dan sebuah bilik guru. GPS Tudan telah ditukar nama pada SRK. Tudan Ulu Tuaran mengikut perkembangan sistem pendidikan pada masa itu. Murid-muridnya terdiri daripada suku kaum Dusun yang datang dari beberapa buah kampung berhampiran. Bangunan inilah yang digunakan setiap hari.

Pekan yang paling hampir dengan sekolah ini ialah pekan Tambunan dan Donggongon. Walaubagaimanapun, penduduk kampung ini lebih bertumpu menurunkan hasil pertanian mereka di pekan Donggongon, dengan melalui perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam dengan menggunakan kereta pacuan 4 roda. Guru-guru besar yang pernah berkhidmat di sekolah ini ialah:

1. En. Nasir Jimmy
2. En. William Golonu Gontoruk
3. En. Raynerd Tanduba
4. En. Saluman Gandal
5. En. Jainal Lebar (1997 – 2000)
6. En. Saribun Sambag (2000 – 2002)
7. En. Watson Quintin (Februari 2003 – 29 Mei 2003)
8. En. Sachi @ Saji B. Sono (Mei 2005 hingga sekarang)

Logo & Bendera Sekolah

Download Section

Dapatkan Huraian Sukatan Pelajaran, Contoh Rancangan Mengajar, Dokumen dan sebagainya di sini. Right Click link dan muat turun dari laman web MOE.

Sekiranya anda menemui link untuk HSP, RPH dan dokumen lain yang berkaitan yang tidak ada di sini, tolong berikan link tersebut di bahagian comments. Dengan kerjasama kita semua, kita akan dapat melengkapkan semua dokumen yang diperlukan oleh setiap sekolah.


BAHASA MELAYU

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu

Tahun 1a, Tahun 1b, Tahun 1c, Tahun 1d

Tahun 2

Tahun 3

Tahun 4a, Tahun 4b

Tahun 5

Tahun 6


BAHASA INGGERIS

Sukatan Pelajaran Bahasa Inggeris KBSR

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Inggeris

Tahun 1

Tahun 2

Tahun 3

Tahun 4

Tahun 5

Tahun 6


MATEMATIK

Sukatan Pelajaran Matematik KBSR

Huraian Sukatan Pelajaran Matematik

Tahun 1

Tahun 2

Tahun 3

Tahun 4

Tahun 5

Tahun 6


SAINS

Sukatan Pelajaran Sains KBSR

Huraian Sukatan Pelajaran Sains

Tahun 1

Tahun 2

Tahun 3

Tahun 4

Tahun 5

Tahun 6 (BM), Tahun 6 (BI)


KAJIAN TEMPATAN

Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan KBSR

Huraian Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan

Tahun 4

Tahun 5a, Tahun 5b

Tahun 6a, Tahun 6b


PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan KBSR

Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Tahun 4

Tahun 5

Tahun 6


PENDIDIKAN MORAL

Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral KBSR

Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral

Tahun 1

Tahun 2

Tahun 3

Tahun 4

Tahun 5

Tahun 6


PENDIDIKAN MUZIK

Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik KBSR

Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik

Tahun 1 - 6a, Tahun 1 - 6b


PENDIDIKAN SENI VISUAL

Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR

Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual

Tahun 1 - 6a

Tahun 1 - 6b

Tahun 1 - 6c

Tahun 1 - 6d

Tahun 1 - 6e

Tahun 1 - 6f

Tahun 1 - 6g


PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani KBSR

Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani

Muka Depan

Tahun 1

Tahun 2

Tahun 3

Tahun 4

Tahun 5

Tahun 6

Pemetaan


Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan KBSR

Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan

Tahun 1 - 6


KEMAHIRAN HIDUP

Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup KBSR

Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup

Tahun 4

Tahun 5

Tahun 6


PRASEKOLAH

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan

Huraian Sukatan Pelajaran Prasekolah

Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 1

Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2

Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 3

Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 4


PENDIDIKAN ISLAM

Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSR

Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam


BAHAN DAN DOKUMEN LAIN


Bahan Sumber Sains Rendah


Kit Program Transisi

Program Transisi Prasekolah Ke Tahun Satu merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah.

Kit Program Transisi All in One
http://www.megaupload.com/?d=X1TARWWG


Modul Latihan Guru Tahun 1 - Program Transisi dan Guru Penyayang Tahun 1

Program Transisi dan Guru Penyayang telah dilancarkan pada awal sesi persekolahan Tahun 2001. Program ini telah berjaya mencapai beberapa matlamat yang diharapkan terutamanya dalam inovasi pengurusan bilik darjah.

Modul Latihan Guru Tahun 1 - Program Transisi dan Guru Penyayang Tahun 1 All in One
http://www.megaupload.com/?d=RZJ8499B

Friday, September 11, 2009

Gambar-Gambar Terkini dari SK. Tudan

rknp73cxw42ybokh4d.jpg

Papan tanda di persimpangan masuk ke SK. Tudan dari jalanraya Donggongon - Tambunan.

gwoh4bjklpycrvr3u.jpg

Taman Strawberry dan Herba Kg. Tudan.

h391255jcaagr7tlk351.jpg

Pemandangan Kg. Tudan dilihat dari kawasan sekolah.

wbx4m8uxffhrsoxmp36l.jpg

Bangunan sekolah SK. Tudan.

kht4n1p9kmyjd8tdz9f.jpg

Rumah guru.

yw31vc26ex9z8gf6reg.jpg

Asrama Muhibbah SK. Tudan sumbangan United World College, Singapore.

xkfpbfojwuee3rb2et.jpg

Pusat Sumber SK. Tudan sumbangan Kiwanis Club, Kota Kinabalu.

uaau06wevvhu3vd0ce.jpg

Rumah guru yang sedang dibina, dijangka siap hujung tahun ini.

iuf0ir67a41jdfe0jy4l.jpg

Bangunan Pra-Sekolah.

dv2gna7ajbfw1ux8u5y.jpg

Taman Permainan Pra-Sekolah.

2pe4d6uhz9pnpiumyhab.jpg

2 daripada 3 buah Cabin School yang sedang dibina, dijangka siap hujung tahun ini.

3w1ipsoa5htv636y63e.jpg

Solar untuk bilik komputer Schoolnet.

jlfeio70n3nlys71yuq3.jpg

Solar hybrid yang menjana elektrik untuk seluruh SK. Tudan. Dirasmikan Julai tahun lalu oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman bersama dengan Menteri Pelajaran Malaysia Datuk Hishamuddin Tun Hussein.

Lawatan ke SK. Sungoi

Antara Jambatan Gantung terpanjang di Sabah? :-)

Bangunan sekolah SK. Sungoi.

Bangunan sekolah dengan latar belakang pemandangan lurah bukit.

Pemandangan senja dilihat dari bangunan sekolah.

Pada 09 September yang lalu, saya bersama dengan rakan-rakan sekerja sempat membuat lawatan muhibbah singkat ke sekolah jiran iaitu SK. Sungoi. Untuk mereka yang tidak pernah mendengar nama SK. Sungoi, ia adalah sekolah yang terjauh dalam daerah Tuaran. Walaupun jarak SK. Sungoi dari SK. Tudan cuma 13 km namun keadaan jalan gravel yang teruk dan agak merbahaya menyebabkan masa perjalanan dengan kenderaan 4WD boleh mengambil masa 3 jam.

Jumlah guru di SK. Sungoi masih kurang iaitu cuma 5 orang guru terlatih sahaja. Oleh itu, sesiapa yang berminat untuk berkhidmat di sini bolehlah menghubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut, :-)

Memandangkan masa lawatan yang singkat, saya tidak sempat mengambil sebarang gambar dari SK. Poring (terletak di antara SK. Tudan dan SK. Sungoi). Sekiranya ada peluang lain untuk membuat lawatan ke kedua-dua sekolah ini di lain masa, lebih banyak gambar-gambar sekolah, kampung dan juga suasana perjalanan yang boleh diambil dan diupload ke laman web ini. Saya berharap agar lebih ramai orang dapat mengenali dengan lebih dekat ketiga-tiga sekolah berjiran ini dan semoga nasib guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman mendapat pembelaan yang lebih baik di masa hadapan.

UPSR 2009

Murid-murid SK. Tudan sedang sibuk menjawab soalan UPSR

UPSR 2009 baru sahaja selesai dijalankan pada 8 - 10 September yang lalu. Pihak sekolah mengucapkan selamat berjaya kepada adik Alvetus, Azmi, Clary, Esther, Farehah, Hairry, Jessica, Joanna, Marina, Raxweeli dan Virunika. Diharapkan agar murid-murid SK. Tudan mendapat keputusan yang terbaik dalam semua matapelajaran dan pihak sekolah juga mengucapkan terima kasih kepada Pengawas UPSR yang best2 iaitu En. Maxwell dan En. Marius, :-)

Tuesday, September 8, 2009

Minat Futsal?

Staf SK. Tudan kini sedang giat berlatih bermain futsal untuk memenangi "Piala Kesihatan", :-) Sekiranya anda berminat untuk bermain futsal dan ingin mengadakan perlawanan futsal dengan staf SK. Tudan, sila hubungi kami melalui email ataupun YM.

Harap maaf, offer ini terhad untuk sekolah-sekolah sekitar Tuaran sahaja dan bermain di Tamparuli Futsal Center, :-)

SK. Tudan Yahoo Messenger!

SK. Tudan akan mula menggunakan perkhidmatan Yahoo Messenger (YM) bermula minggu ini. Sekiranya anda juga adalah pengguna YM, anda boleh menghubungi pihak sekolah sepanjang tempoh persekolahan (Isnin hingga Jumaat, 7.30 pagi sehingga 4.00 petang). Gunakan email dibawah untuk menghubungi pihak sekolah menggunakan YM.

sktudan@yahoo.com

Thursday, August 27, 2009

SK. Tudan Blog Update!

Selamat datang ke laman web SK. Tudan, Tuaran 2010. Blog ini akan sentiasa diupdate oleh saya sendiri dan juga editor-editor lain (guru-guru di SK. Tudan). All comments and feedbacks are welcomed, :)

Ikuti perkembangan SK. Tudan melalui Twitter